Selasa, September 02, 2008

Hasut perkauman: Dilema Ahmad atau BN?

Petang tadi, Timbalan Presiden Umno, Najib Abdul Razak memohon maaf bagi pihak Ahmad Ismail (Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera) yang dikecam kerana didakwa cuba menimbulkan hasutan berunsur perkauman.

Bagaimanapun, AJK Pemuda Gerakan Pulau Pinang, Dr Thor Teong Gee mempersoalkan tindakan Najib itu (yang tidak senada dengan kenyataan Abdullah sebelum ni).
"The present leadership is 'inconsistent'. The Prime Minister (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) said Ahmad did not mean what he said. Now you have his deputy apologising for Ahmad.
Dr Thor menuntut tindakan perlu diambil ke atas Ahmad. Sekiranya Umno tidak bertindak, beliau menggesa BN perlu bertanggungjawab.

Mula-mula, saya sangat berharap agar segala konflik yang timbul dapat diselesaikan dengan berhemah, tanpa ada timbul kebencian.

(i)

Pada 25 Ogos lalu, Ahmad dalam ceramah kempen Pilihan Raya Kecil P44 di Kampung Belah Dua, Permatang Pauh, menyebut bahawa kaum Cina merupakan 'pendatang' - maka mereka tidak mendapat hak sama rata sepenuhnya sebanding yang lain.

Kenyataan ini kemudiannya dilaporkan oleh akhbar Sin Chew Jit Poh, mendakwa ucapan Ahmad telah menyentuh sensitiviti kaum Cina.

Pada 26 Ogos, Pemuda MCA Puchong menyiarkan laporan berkenaan di laman blognya.

Kemudian, kronologi kes Ahmad ini disusuli dengan kenyataan-kenyatan dari pemimpin-pemimpin parti MCA, Gerakan dan DAP yang kesemuanya mengecam ucapan Ahmad - yang didakwa bersifat perkauman. Sebahagian laporan berkaitan boleh diikuti di sini.

Tidak terkecuali, tindakan Ahmad ini turut dilaporkan pada pihak polis di beberapa buah negeri. Antaranya, mahu Ahmad disabit di bawah Akta Hasutan 1948, Seksyen 4(1) yang boleh membawa pesalah dikenakan denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun, atau kedua-duanya (bagi kesalahan kali pertama).

Perbuatan Ahmad mungkin ditafsirkan menghasut di bawah Seksyen 3(1)(e) - kecenderungan menghasut bagi mengembangkan perasaan jahat dan permusuhan antara beberapa kaum atau golongan penduduk Malaysia.

(ii)

Ini bukan dilema yang dihadapi oleh Ketua Bahagian itu seorang, tetapi dilema BN. Krisis sokongan di kalangan bukan Melayu.

1. Analisis PRU Mac lalu memperlihatkan bahawa BN mengalami kemerosotan undi di kalangan bukan Melayu. Dalam proses BN cuba memulihkan krisis populariti ini, Ahmad telah mengeluarkan kenyataan yang mengguris perasaan orang Cina (secara tidak langsung kaum lain) di khayalak awam. Kemudian, halnya diperbesarkan oleh media dan politikus Cina.

2. Kalau dilihat secara kasar, kita akan dapati tindakan MCA dan Gerakan ini mengeruhkan lagi krisis yang dihadapi BN. Pengundi Cina akan semakin menolak BN (apatah lagi Umno) sebab insiden ini.

3. Dari sudut lain (secara kasarnya), mungkin juga MCA dan Gerakan sedang berusaha menarik kembali sokongan pengundi Cina, atas sebab usaha mereka mengecam tindakan Ahmad (antaranya gesaan Quah Eng Lam dan Tan Khai Beng menggesa Ahmad dipecat dari Umno!). Ini mungkin dilihat sebagai pembelaan kepada kaum Cina.

4. Namun begitu, persoalan yang timbul ialah - bukankah insiden sebegini lebih menyebabkan Pakatan Rakyat, khususnya DAP akan lebih beruntung? Kaum Cina akan hilang percaya pada BN atas 'penafian Ahmad' terhadap hak mereka sebagai warganegara.

5. Dalam hal ini, Pakatan Rakyat (khususnya DAP dan PKR) dilihat lebih 'menyenangkan hati' kaum Cina. Anwar Ibrahim telah banyak berkempen untuk membela hak bukan Melayu dan beliau lebih popular berbanding BN dalam hal ini (moto Ketuanan Rakyat). Lihat juga bagaimana Menteri Besar Perak, berbuat sesuatu yang tidak pernah dibuat selama ini - memberi tanah seluas 400 hektar untuk kepentingan pendidikan Cina (jangan lupa betapa kaum Cina sangat mengutamakan pendidikan!).

(iii)

Ada di kalangan teman yang berpendapat, Gerakan sengaja mencari isu sebagai alasan untuk keluar BN (?). Hujahnya rapuh, tetapi kita tidak boleh menolak kebarangkaliannya. Kalaulah Gerakan bersedia untuk menjaga kepentingan BN, kaedah untuk menyelesaikan kemelut ini sepatutnya berlangsung dengan tenang, tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati dan kebencian ramai.

Dan desas-desus yang mengatakan Gerakan sanggup meninggalkan BN sekiranya kemelut ini tidak memenuhi tuntutan mereka - saya fikir, jika benar, ia mungkin berkait dengan usaha sebahagian oportunis dalam parti itu.

Pemangku Presiden Gerakan, Dr Koh Tsu Koon dilihat lebih tenang berhadapan dengan hal ini. Cadangnya, BN perlu bersepakat pada satu set kod etika dalam menyatakan sesuatu - mana yang boleh, mana yang tidak boleh.

(iv)

Kalaulah Ahmad mengucap hal yang sama pada sebelum Perlembagaan Persekutuan 1957 digubal, dan sebelum Memorandum Perikatan (yang mengandungi Pakatan Murni - quid pro quo antara Melayu, Cina dan India berhubung pemberian hak kewarganegaraan dan pengiktirafan agama Islam, bahasa Melayu, kedaulatan Raja dan hak istimewa) diserah pada Suruhanjaya Reid - mungkin situasinya berbeza.

Hari ini, pusing-pusing pun sama juga. Melayu dan anak negeri Sabah/Sarawak akan terguris kalau hak istimewa dipertikai oleh orang bukan Melayu. Orang Cina dan India akan terguris jika hak sebagai warganegara dipertikai.

Hal yang merosakkan - yang sepatutnya tidak menjadi besar dan kalut - ialah apabila ada yang cuba menggunakannya sebagai alat politik. Maksudnya, untuk meraih sokongan atau menjatuhkan lawan.

(v)

Semalam, Setiausaha Politik Lim Guan Eng, Ng Wei Aik bersama tiga orang kuat Dapsy (Pemuda DAP) telah membuat laporan polis serta menuntut pihak berkuasa terbabit menggunakan Akta Hasutan 1948 ke atas Ahmad.

Nah, masih ingat DAP membuat laporan polis berhubung kenyataan perkauman yang diucap oleh perwakilan Umno dalam AGM 2006? Ia pun membabitkan Akta Hasutan 1948.

Ini bermakna, desakan agar akta ini dimansuhkan, sudah tidak relevan buat DAP.

*Foto dipetik dari laman Utusan Online.

5 komen:

Tanpa Nama berkata...

Ini semua politik!

confius berkata...

hehehehe....dulu org UMNO ckp bukan main lagi,kata pembangkang bersifat perkauman lah,sekular lah,dan entah ape2x ntah.

dan sekarang?org UMNO(BN) sendiri mengeluarkan kenyataan bersifat perkauman.nampak dah skang,mereka dah terdesak.

em,ape pendapat MALAYMIND selaku org yg selalu membela tu?aku nak taw gak.sama2x kongsi maklumat.

em,ape kata wat jer sumpah laknat tuh utk tarik balik kata2x berunsur perkauman,ala...mcm si saiful tuh.

duit pun dapat beb.biasala,bila sumpah tak menjadi,org akan ckp,"tuhan yang lebih mengetahui dari kita...".kita kene la akui realiti sebenar.

kalo kata mahkamah malaysia x bagus,yg ckp mcm tu pindah la negara Arab ke,Iran ke,kat sane kalo sumpah,confirm btl dan sah.hehehe...

MalayMind berkata...

Haha confius,

Ada pulak mention nama aku. Nah, pegi baca kat blog aku ler pasal tu.

Aku tak setuju tindakan Ahmad. Tapi aku juga tak setuju orang Melayu begitu mudah meminta maaf sedangkan kita juga adalah mangsa.

Tanpa Nama berkata...

UMNo mane boleh mcm2.. main isu perkauman. cina pendatang? kata x leh main isu perkauman.. pkr la wahai UMNO.. ko dah la parti besar.. lepas 2 main isu 2 plak.. lepas 2 x nk minta maaf la si polan yg lancang sgt mulut.. x malu ke? nk startkn unggun api ke wahai pejuang bangsa? x nk minta maaf xpe.. tp tarik blik la ape yg ko ckap 2... ko sptutnya jd contoh.. mmg x slh UMNO mperjuangkan kaum M. tp ingat gak, Msia ni bkan kaum M je tau.. byk lg kaum yg ada.. So UMNO kene la jd contoh kt parti lain.. jgn main ngn api bai.. silap2 ko yg melecur.. So bg UMNO bg la cth baik ckit kt anak2 ko..

Tanpa Nama berkata...

UMNO dh tk relevan tuk perjuangan bangsa..must be replace with other name and method of perjuangan...