Khamis, September 11, 2008

Ahmad Ismail penyokong Anwar atau Pak Lah?

Ganesh Sahathevan, bekas wartawan The Sun yang dipecat pada 1999 ekoran laporan pendedahan Litrak, telah menghimpun beberapa laporan akhbar yang menunjukkan keraguan mengenai siapa yang disokong oleh Ahmad Ismail- Anwar Ibrahim atau Abdullah Ahmad Badawi:

1) 9 September 1998, The New Straits Times (All 11 Youth divisions in Penang back Dr Mahathir) melaporkan Umno Bahagian Bukit Bendera telah mengadakan mesyuarat khas pada 8 September dan keputusannya, mereka mahukan Anwar diberi keadilan bagi membela diri. Mereka menyokong Dr Mahathir, dalam masa yang sama turut menyokong Anwar (yang menurutnya), pemimpin yang sukar diganti.

2) 15 September 1998, The Sun melalui Toh An Nee (Anwar's wife thanks gathering for support) melaporkan Ahmad Ismail dan Umno Bahagian Bukit Bendera menyokong penuh Anwar (yang baru dipecat dari kabinet). Ahmad Ismail membuat kenyataan itu ketika berucap di kediaman Anwar, bersama penyokong-penyokong bekas TPM itu.

3) 14 September 1998, The Asian Wall Street Journal melalui Chen May Yee (Malay Crowds Flock to Anwar In Heartland) melaporkan 8,000 penyokong Anwar berhimpun di kediaman bapa Anwar di Cherok Tok Kun - antara yang berucap ialah Ahmad Ismail. Katanya (atas kapasiti Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera), "Kami sokong Dr Mahathir, tetapi kadang-kadang dia buat silap".

4) 14 September 1998,The Sun (Meeting on expulsion was proper - Penang Umno) melaporkan mesyuarat yang diadakan oleh Umno Pulau Pinang, bagi menyokong keputusan Majlis Tertinggi Umno memecat Anwar diadakan dengan tatacara yang betul. Ahmad Ismail sebelum itu mendakwa, mesyuarat tersebut tidak dijalankan dengan betul. Katanya, sebarang keputusan mesyuarat adalah tidak sah dan tidak boleh dipakai.

5) Ganesh tidak menyatakan sumber laporan untuk ini (Ahmad melalui Metroworks Construction Sdn Bhd diberi projek membina Lingkaran Luar Pulau Pinang atau PORR):
The hottest topic at the Umno General Assembly yesterday was the posting of a list of recipients of special shares and Finance Ministry projects allocated during Datuk Seri Anwar Ibrahim's tenure as Finance Minister.

Highway and outer ring-road in Penang to Metroworks Construction Sdn
Bhd. Major shareholders: Datuk Ahmad Ismail, Datuk Annuar Othman and Datuk Ahmad Fuad Mohd Ali
(i)

Selain laporan yang menunjukkan sokongan Ahmad Ismail terhadap Anwar, isu 'bankrap' yang dituduh ke atas beliau juga wajar dilihat semula bagi mengaitkannya dengan 'kemarahan' beliau pada Pemangku Presiden Gerakan, Dr Koh Tsu Koon. Ahmad Ismail pada 23 Mei 2006 digesa meletakkan jawatan dalam Umno dan Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang.
"I don't know why a small fry like me has been given such widespread publicity.
"I was declared a bankrupt because of a technicality and I have sorted it out.
"All this could have been avoided if the Chief Minister (Dr Koh) had checked his facts first," he said.
Defiant Ahmad refuses to quit
26 May 2006
New Straits Times
(Ada ringkasan mengenai Ahmad Ismail, boleh dibaca di Man of Controversy, The Sun.)

(ii)

Jadi kita tertanya-tanyalah, apakah motif sebenar Ahmad Ismail?

1. Beliau benar-benar seorang nasionalis Melayu kah? Sebab kenyataan beliau keras berlatarkan Ketuanan Melayu.

2. Adakah beliau dijadikan senjata untuk mengembalikan 'kekuatan' Abdullah - khususnya dalam soal perkauman. Pertama, usaha memulihkan sokongan terhadap MCA dan Gerakan. Kedua, memulihkan sokongan parti-parti komponen terhadap BN - kedua-duanya mungkin kalau dinilai dari segi hukuman gantung 3 tahun.

3. Atau mungkinkah tindakan Ahmad Ismail sebenarnya ada kaitan dengan rancangan Anwar? Sebab tindakan agresifnya - seperti mengoyakkan gambar Dr Koh - menyebabkan BN yang sedang dilanda krisis sokongan (terutamanya kaum bukan Melayu) - menyebabkan orang makin hilang percaya pada BN.

Kita tidak pasti. Tetapi apa yang pasti, kita mahukan tanah air kita aman dan sentosa.

*Analisis Ganesh saya temui dari blog Rocky Bru.

6 komen:

emme berkata...

teori yang menarik, tapi apakan daya... blog pro kerajaan ni kurang peminatnya, mereka lagi suke baca dari pihak pembangkang...

Abdul Qaiyum Borhan berkata...

Anak Muda Perlu 'Genius' Dalam Menilai Sesuatu. Bukan Menerima Sesuatu Fakta Mahupun Pandangan Dari Satu Belah Pihak Sahaja.

:D=

Abdul Qaiyum Borhan berkata...

Wahai Encik.. Kenapa Tidak Tidur Lagi? Atau Sedang Bersahurkah Atau Buat² Bersahur ? Hehe.. Selamat Berpuasa & SElamat Menulis..

syafiqnazmi berkata...

kawan,mereka baca kedua-duanya...tapi byk meninggalkan komen di blog pembangkang kerana di sana mempunyai suasana yang lebih memberontak dan mengapi-api..apabila berada di blog yang memerlukan mereka berfikir sebelum meninggalkan komen,mereka tak mampu..mungkin,(saya kata mungkin),mungkin kerana mereka hanya tahu marah dan memaki hamun dengan baik tapi gagal menilai dan berfikir dengan baik...

PEJUANG MELAYU berkata...

salam perjuangan

ulasan menarik akal muda..sy akui mmg ahmad ismail adalah org Anwar ketika menjadi TPM dan tidak dpt dinafikan lagi.Sy sbg org PP pun tahu perkara itu .tetapi itu kes lama dan UMNO Prmtg Pauh pun pada masa itu Ketua Pemuda nya pun berada di rumah Anwar selepas kena pecat.

Itu kisah lama ,dan Anwar kini sudah lari jauh dr landasan memperjuangkan melayu .Ahmad Ismail sudah tidak lagi bersama Anwar,sy sendiri pernah mendengar ceramahnya dan dia akui mmg kwn anwar tetapi atas dasar perjuangan dia tolak semua itu .Ahmad Ismail mmg seorg yg tegas dan berpendirian .. Kenyataan beliau utk tidak memohon maaf itu tidak ada kena mengena dgn utk menaikkan sokongan kpd Pak lah tetapi atas prinsip nya sendiri. sy bukan menyokong ahmad ismail tetapi org muda yg menilai dan memerhati semua sudut..

Faizal Zakaria's Blog berkata...

Selamat menyambut hari lebaran semuanya :-)
Saya doakan semuanya berbahagia dan selamat pulang ke destinasi ;-)





Amalan Rasuah Dan Pemuda UMNO Perlu Dibersihkan ;-)
http://pro-faizal.blogspot.com