Khamis, Ogos 07, 2008

Permatang Pauh: 5 hujah Anwar boleh tewas

Rata-ratanya akan mengatakan Anwar Ibrahim bakal menang mudah dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh 26 Ogos nanti. Rekod menunjukkan, sejak 1982, Anwar menang kerusi di kawasan ini (Zabidi Ali - Pas, tewas), kemudian 1999 digantikan Wan Azizah sehingga 31 Julai lalu.

Bagaimanapun, terdapat juga pandangan tidak popular yang menyatakan Anwar belum tentu boleh menang di kawasan tersebut.

Saya cuba mengulas tulisan Syed Nazri (Editor Kumpulan NSTP) dalam tulisannya bertajuk 5 reasons Anwar could lose dalam NST, 5 Ogos lalu.

(i)
Barisan Nasional hardly ever loses in a by-election. The near-impeccable record is due largely to its clinical machinery derived from the years of experience of contesting all the by-elections there had ever been as a coalition force.
Rekod sebelum ini, semenjak 2004 menunjukkan BN menang 6-0 dalam pilihan raya kecil yang disertainya - Kuala Berang, Terengganu (Ogos 2004), Ba'kelalan, Sarawak (September 2004), Pengkalan Pasir, Kelantan (Disember 2005), Batu Talam, Pahang (Januari 2007), Machap, Melaka (April 2007) dan Ijok, Selangor (April 2007).

Bahkan, di Ijok, orang kuat PKR, Khalid Ibrahim juga tewas mudah di tangan pencabar yang namanya sebelum itu tidak dikenali (Parthiban) dengan Anwar sendiri bertindak sebagai ketua kempen PKR!

(ii)
Anwar will go into this fight with a sodomy allegation hanging over him and this could be crucial to the outcome either way.
Ada beberapa sebab yang boleh menunjukkan pengundi mulai menolak tuduhan meliwat ini sebagai satu konspirasi (berbanding 1998):

1. Terlalu banyak dalih yang dilakukan Anwar. Antaranya, mahu dibicarakan di bawah bidang kuasa syariah, berdalih dalam mubahalah, tidak mahu DNA diambil dan beberapa yang lain.

2. Nota perubatan Dr Osman bersungguh-sungguh dikatakan bukti Anwar tidak bersalah, walhal ia sebaliknya menjadi senjata makan tuan.

3. Ada yang terfikir, kerajaan mana yang begitu 'baghal' mengulangi 'skrip konspirasi' yang sama.

4. Tiba-tiba Anwar tergesa-gesa mahu bertanding di Permatang Pauh dalam jangkaan beliau mahu dibicarakan berhubung kes liwat ini, termasuklah pengumuman mahu bertanding di Kulim-Bandar Baharu tidak lama sebelum itu.

5. Saiful bersungguh-sungguh mahu dirinya dibela, malah sangat berani mahu bersumpah yang dirinya benar-benar diliwat Anwar.

Tuduhan ke atas Anwar ini, paling tidak telah mewujudkan persepsi di kalangan pengundi yang beliau merupakan seorang yang tidak bermoral.

(iii)
Anwar's opponent. It is understood that the BN, in anticipation of Anwar's attack strategy, is strongly considering fielding either a respected religious figure or someone who knows Anwar inside out.
Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin (a respected religious figure) telah menolak permintaan, manakala Ezam Mohd Nor (someone who knows Anwar inside out) masih diragui kemampuannya.

Sudah banyak penganalisis dan politikus menyatakan pandangan mereka berhubung calon bagaimanakah yang paling layak untuk menentang Anwar - dan majoritinya menyebut, calon tempatan.

Ada nama lain yang disebut-sebut:

1. Ahmad Saad, bekas Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh (pernah tewas di DUN Permatang Pasir sebanyak 3,194 undi pada 1999)

2. Abd Jalil Abd Majid, Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh (pernah menang di DUN Penanti pada 2004, tewas pada 2008)

3. Dr Ibrahim Saad, Ketua Umno Bahagian Batu Kawan (pernah tewas kepada Wan Azizah sebanyak 9,077 undi pada 1999)

Tetapi Permatang Pauh tidak menjanjikan pengundi yang benar-benar tegar sokongan pada Anwar dan keluarganya, sebab keputusan pada 2004 nyaris-nyaris berpihak pada bekas Imam Masjid Negara.

Pirdaus mendapat 21,288 undi dan Wan Azizah 21,737 undi iaitu perbezaan sebanyak 449 undi.

Malah, keputusan terbaru (2008) juga tidak menjanjikan Anwar boleh menang mudah. Di peringkat Parlimen, jelas kemenangan besar berpihak kepada Wan Azizah (30,338) yang menewaskan Pirdaus (16,950) sebanyak majoriti 13,388 undi.

Tetapi kalau kita jumlahkan mengikut undi di peringkat DUN (Seberang Jaya, Permatang Pasir dan Penanti) jumlahnya akan jadi begini: BN 20,093 undi manakala PKR/Pas 27,212 undi. Ini bermakna, rekod PRU terburuk dalam sejarah BN - Permatang Pauh masih mampu mengumpulkan pengundi BN seramai itu!

(iv)
Added to that is the upcoming Umno elections. Just about everyone in the party would want to use Permatang Pauh as a stage to impress and perhaps score points for the party polls in December. There is the right mood in BN.
Jentera dari satu Malaysia akan turun. Dan lagi, memang perangai pemimpin Umno cukup suka merebut peluang meraih populariti, walaupun dalam keadaan parti itu sedang terdesak. Oleh sebab sekarang ini musim pemilihan, maka Permatang Pauh akan menjadi medan politiking yang bakal menyaksikan kesungguhan pemimpin Umno membantu gerak kerja pilihan raya kecil itu nanti.

Anwar akan berhadapan dengan pemimpin-pemimpin Umno yang sedang berusaha sedaya upaya menunjukkan 'pengorbanan' mereka!

(v)
Voter sentiment, perhaps the most significant. It cannot be denied that the ground has shifted much since March 8 with a change in state government and, with that, political leaning.
Apabila DAP menjadi pemerintah negeri, sudah mula ada isu-isu yang tidak disenangi oleh pengundi Melayu. Misalnya, isu DEB.

69.4 peratus pengundi di Permatang Pauh mewakili kaum Melayu. Faktor kerajaan negeri turut mempengaruhi trend pengundian di parlimen ini kelak. Kalaulah pemerintah baru ini kurang disenangi, ini bermakna, Anwar belum tentu boleh terjamin kemenangannya.

1 komen:

confius berkata...

sekarang?ape citer?majoriti makin besar la pulak kan.ekekeke...

xper,ckp la ape2x pun kat anwar.lemparkan lah tuduhan dan tuduhan.tp anwar still hadapi dgn tenang...