Rabu, Ogos 27, 2008

Kemenangan Anwar: Apa kata Umno?

Abdullah Ahmad Badawi
"(Lompat parti) Tidak, ahli BN tidak meninggalkan BN begitu saja. Jika ada masalah dalam BN, baik kita selesaikan dalam parti dan tidak sampai peringkat untuk meninggalkan parti."

"Keputusan semalam hanya membabitkan satu pilihan raya kecil seperti pilihan raya kecil lain sebelum ini. Kita tidak boleh membuat tafsiran keputusan itu akan berlaku di kawasan parlimen lain di seluruh negara."

"Keputusan itu juga bukan satu perkara yang boleh melemahkan BN kerana kita tidak kehilangan 20 atau 30 kerusi, jika itu berlaku ia memang membimbangkan kita dalam BN."

Najib Abdul Razak

"Secara umum, jentera pilihan raya BN berjalan amat baik, tetapi satu kajian perlu dilakukan bagi mencari kelemahan dan faktor kenapa BN gagal menawan kerusi ini."

"Kita jangkakan dapat kurangkan majoriti Anwar, tapi nampaknya faktor sentimen masih kuat di Permatang Pauh kerana ini kubu kuatnya."

"Keputusan pilihan raya kecil itu mencerminkan amalan demokrasi yang segar di negara ini dan jelas menunjukkan tiada unsur manipulasi."


Muhyiddin Yassin

"Saya kira kita (BN) perlu mengambil ini (keputusan) sebagai isyarat bahawa rakyat tidak menerima penjelasan pucuk pimpinan kita, seolah-olah mereka sudah membuat keputusan bahawa BN tidak akan menang."

"Ini satu isyarat yang tidak boleh dipandang ringan walaupun kita harap trend ini hanya berlaku dalam pilihan raya di Permatang Pauh. Ia seharusnya menjadi pengajaran dan isyarat jelas kepada Umno dan BN bahawa ia semakin terdesak untuk membuat perubahan jika ia mahu terus kekal relevan dan diterima."


Syed Hamid Albar

"Secara peribadi saya sudah menjangka keputusan ini dan saya tidak terkejut dan saya fikir kita tidak patut terlalu memikirkan mengenainya."

Ahmad Shabery Cheek
"Ia tidak menjejaskan kepimpinan parti yang sedia ada, Pak Lah (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) tetap ahli Parlimen Kepala Batas dan perdana menteri, Datuk Seri Najib (Tun Razak) tetap ahli Parlimen Pekan dan beliau tetap timbalan perdana menteri."

Mukhriz Mahathir
"Saya gunakan analogi alarm clock..alarm dah bunyi kali pertama untuk kita bangun tapi kita tekan butang 'snooze’ saja dan tidur balik. Kita tidak faham-faham lagi dan tidak sedar. Jadi ini bunyi alarm kedua. Bila dah terjaga, adakah kita terus sedar dan lakukan sesuatu atau pun masih tidur. Ini yang kita namakan wake up call."

Tengku Razaleigh Hamzah
"Jumlah undi yang diperolehi BN kurang daripada bilangan ahli-ahli Umno di kawasan (parlimen) itu, menunjukkan kewibawaan perdana menteri serta timbalannya terhakis sepenuhnya."

"Beliau tidak memiliki lagi sekelumit kewibawaan yang perlu untuk mentadbir negara dari hari ke hari, apatah lagi mengatur arah baru yang kita semua perlukan untuk maju dalam dunia yang kompleks."

Mahathir Mohamad (bekas Presiden/Ahli Umno)
"Ramai pengundi tidak ingin undi bagi Dato Seri Anwar. Tetapi mereka juga tidak ingin undi Barisan Nasional. Calon Barisan Nasional baik tetapi kalau beliau menang maka Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi akan dakwa yang dirinya menang, dakwa yang sokongan kepada Barisan Nasional iaitu pada dirinya sudah kembali, dakwa Barisan Nasional telah dipulih dibawah kepimpinannya."

"Kamu boleh terus sokong Abdullah sebagai presiden parti. Tetapi rakyat tidak akan sokong Umno kerana ia sudah jadi alat Abdullah dan keluarganya."

"Beliau (Anwar) mungkin fikir yang beliau boleh membeli mereka tetapi pembida lain mungkin mempunyai lebih banyak wang (isu lompat parti)."

11 komen:

confius berkata...

xper.cakap la ape2x pun mengenai anwar ibrahim,ckp lah dia meliwat,ckp lah yg dia tu sekular,ke yahudi ker.

semua tu taktik lama bro.kes dulu pun bkn ada bukti meliwat.skang nih,mane ummi hafilda?mane org2x yg bersekongkol dulu?em...mesti idupnya x selamat.

sumpah mcm buleh di jual beli je kan?si saiful tu sumpah dgn tangan kiri Al-Quran ditangan kiri,teks sumpahan di tangan kanan.pastu tersasul"......26.8.200.8,eh 26.6.2008...",nampak sangat nak tipu org.

em,pendapat aku lah kan,sepatutnya media tv dan media cetak,bgtau la cerita sebenarnya pasal DSAI tu.xyah la asyik duk nak tembak dan putar belitkan cerita.tgk kat berita,xde pun siarkan video imam Ramlag Porigi,Gigi? pasal sumpah saiful tu?

Alhamdulillah,demokrasi rupenya negaro kito nih.

MalayMind berkata...

Confius,

Ada orang yang mungkin mempermainkan sumpah dan akhirnya diri sendiri yang termakan laknat.

Tapi bagaimana dengan orang yang langsung tak mahu bersumpah ?

Mungkin dia lebih baik kerana tidak mempermainkan sumpah takut terlaknat diri sendiri?

Kenapa takut terlaknat? Memang bersalahkah?

Ya, pertikaikan isu teknikal remeh, pegang tangan kiri, tersasul dan sebagainya tu.

Kalau ada cara yang betul untuk bersumpah, sanggupkah Anwar bersumpah?

confius berkata...

hehehe...bukan anwar x nak bersumpah tp skang nih dah maen bab agama...

apesal malaymind?sekarang siasatan kes liwat anwar kat mahkamah x abes lagi.polis tengah tngu bukti dan "setup" diaorg masing2x.jd,ko x leh assume anwar bersalah.kes mahkamah x abes lagi beb.

kalo bukti xde btl,"setup" yg di guna pakai pun x jadi,baru sumpah sebagai jalan terakhir.

tgk kes saiful,ikut jalan pintas,kes mahkamah x settle lagi dah buat sumpah.negara kita ade undang2x beb.xleh wat angkat sumpah tanpa siasatan medalam mahkamah.walaupun "setup" kat anwar x jadi,kene wat siasatan jugak beb.cara ko ckp mcm bdk x sekolah pulak.harap jer ade degree.mesti subjek kenegaraan ko dapat gred D kan.hehehe...

pasal DNA tu,bdk tak sekolah jer yg nak DNA tu.DNA dulu buleh pakai lagi nape nak lagi?pelik kan?

emm,pegi google search pastu study sket bab DNA.sedangkan DNA zaman Mesir yg beratus tahun pun leh dapat,lagi DNA anwar baru beberape tahun jer pun.

kalo kita ckp sebab takut kita dlm kerajaan@kita nih org Biro Tata Negara(BTN)@kita nih rapat sangat dgn menteri,jgn lah assume trs anwar bersalah.

kata "demokrasi"?jadi,ikut lah "demokrasi" skang.ekekeke....

MalayMind berkata...

Confius,

Pada aku, orang yang bergantung harap pada mahkamah manusia adalah lebih parah.

Sumpah adalah bebas dari pengaruh penipuan, konspirasi dan sebagainya.

Sumpah adalah yang tertinggi berbanding hukum dunia. Malah, Allah boleh terus menghukum seseorang walau kita manusia tak nampak buktinya.

Malah, Dia lebih Mengetahui berbanding kau dan aku.

Lainlah kalau ada orang nak menggunakan hukum dunia kerana takut hukum Tuhan.

Kerana apa? Kerana tahu Allah tak kan mungkin berkonspirasi dan Lebih Mengetahui?

Tanpa Nama berkata...

HIMPUNAN MELAYU MUDA PERAK

SEMPENA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-51

PADA 30 OGOS 2008
JAM 9 PAGI
BERTEMPAT DI ARENA SQUARE KUALA KANGSAR

SAUDARA-SAUDARI DIHARAP DAPAT MEMBERI PERHATIAN DAN SOKONGAN TERHADAP HIMPUNAN INI DEMI MENJAGA BANGSA KITA YANG SEMAKIN MERUNCING DICALAR-CALAR DAN DIROBEK-ROBEKKAN OLEH ORANG YANG MENGANGGAP KITA INI SUDAH LEMAH DAN SEMAKIN HAPUS DITELAN BUMI TANAH MELAYU KITA SENDIRI

DIJANGKAKAN TUANKU RAJA MUDA AKAN MENCEMAR DULI UNTUK BERSAMA MENJAYAKAN HIMPUNAN MELAYU MUDA PERAK INI

DIHARAPKAN KITA AKAN MENYOKONG DAN BERSATU UNTUK MENJAYAKAN HIMPUNAN INI

DIINGATKAN DENGAN SECARA TEGASNYA BAHAWA HIMPUNAN INI BUKANLAH HIMPUNAN DENGAN BERTUJUANKAN POLITIK DAN BUKAN JUGA UNTUK TUJUAN PERSENDIRIAN

TULANG-TULANG BELAKANG HIMPUNAN INI TERDIRI DARIPADA GABUNGAN NGO-NGO YANG HANYA MENYOKONG UNTUK TUJUAN DASAR MENYELAMATKAN MELAYU KITA

HIMPUNAN YANG BERTUJUAN UNTUK MEMBERI AMARAN KEPADA MEREKA DILUAR SANA BAHAWA KAMI MELAYU MUDA ADALAH PERINTIS UNTUK MENYAMBUNG KERINGAT YANG TELAH DIJUANGKAN OLEH BAPAK-BAPAK DAN MAK-MAK KITA

SEDARLAH BAHAWA MELAYU MASIH ADA DAN WUJUD DI TANAH MELAYU INI

SAMA-SAMALAH KITA KE SANA,MEMERIAHKAN HIMPUNAN UNTUK MENGENANG KEMBALI SEJARAH YANG TELAH HAMPIR KITA LUPAKAN

JANGAN LUPA HEBAHKAN KEPADA TEMAN-TEMAN, KAWAN-KAWAN, IBU BAPA UNTUK BERSAMA MENJAYAKAN HIMPUNAN INI

SEMOGA BUDI ANDA AKAN DIBALAS OLEH YANG MAHA ESA

SEKIAN...
SALAM...

BERSATU MEMBELA BANGSA,
HIDUP MELAYU MUDA.

klate berkata...

huhuhu...bagus.ambo sokong pendapat malaymind tuh.hukum Allah wajib dilaksanakan seperti hukum Hudud.semuanya terkandung didlm Al-Quran.tetapi bila nak dilaksanakan?

adakah kerana angkat sumpah terus hukum Allah sudah dilaksanakan?bagaimana dgn Hukum2x Hudud yg lain?

bukan ambo nak ckp nih ambo lebih arif bab agama.cume ambo nak oyak sket nih,kalo btl ikut Hukum Allah,ambo harap demo buat memorandom kat Parlimen.sebab Hukum Allah tidak buleh buat sebab ado Perlembagaan yng menghalang.

betul jugak si confius ckp kat atas nih.kes mahkamah x de keputusan lagi.demo x buleh tuduh anwar bersalah.kalo demo btl2x nak tegak kan hukum Allah,demo harus perjuangankan,bagaimano hukum Allah nih nak di laksanakan di Malaysia.btl dok?

em,demo ckp sumpah xde conspirasi ekh,cube demo tgk nih:

http://www.youtube.com/watch?v=wNYGvE8WNw0

video tu bukan konspirasi ke.em...tak taw la ambo nak oyak kat demo nih.

demo taw sapo saiful bukhari?demo tgk ni pulak:

http://ainisazreen.wordpress.com/2008/06/29/saiful%20-bukhari/

semoga amalan kito di terima Allah.Amin.

beritamalaysiakini berkata...

salam perkenalan...

Penulis Cyber...

http://beritamalaysiakini.wordpress.com

MalayMind berkata...

Dear Kelate,

Pokok pangkalnya kalau bersumpah, azab Allah boleh dipercepatkan ke atas mereka yang menipu (tak kiralah sapa pun) walaupun sidang mahkamah dunia sedang berlangsung. Bukan kah ini lebih baik?

Lagipun hakim dunia taklah sebagus hakim oleh Allah sendiri.

Apa nak takut?

Tanpa Nama berkata...

Majlis Fatwa mengeluarkan fatwa yang baru. bersumpah laknat selepas proses mahkamah selesai.

kalau saiful bersumpah, dan anwar bersumpah juga. adakah isu ini selesai?

lagipun tuduhan Saiful adalah dasar "consensual". pergi tengok kamus ape makne die.

fyi, Anwar pernah bersumpah di atas kes yg sama 10 tahun lepas. tak ade beza pon.x tahu ke?

Saidatina Aisyah juga tidak bersumpah pada zaman Rasulullah SAW.

rujuk arkib Malaysiakini dan website RPK.

kejahilan itu adalah satu sumpahan.

batu sejuk berkata...

Sape yang berani sumpah laknat? aku bagi RM100 juta..Sumpah depan aku sorang jek, tak payah saksi..Dalam sumpah tu, aku nak korang cakap "dia 'Si Batu Sejuk' pernah merogol diriku melalui depan dan belakang" tak kira laki atau perempuan...siapa yang boleh!!!? bagi tau aku...Paling teruk pun kita siar dalam Youtube :) baru best...

entah la. berkata...

huhuhu...malaymind suke mendoakan org lain kene azab.

xper,nak wat mcm mane kalo dah x leh terima realiti yg dia nih duduk kat malaysia,ada badan2x perundangan.

bila org lain ckp,kes mahkamah x abes lagi,tapi still ckp,"mempercepatkan Allah laknat","hakim Allah lagi bagus","lagipun hakim dunia taklah sebagus hakim oleh Allah sendiri."

memang benar ape yg malaymind ckp,tp kene la beringat,negara ada undang2x,mahkamah,dan kene mengikut persekitaran sekarang.

kalo betul lah malaymind berfikir begitu,mengapa kau tidak memperjuangan hukum Allah yg terkandung didalam Al-Quran dilaksanakan di malaysia?mengapa?

agama sudah menjadi mainan politik,tapi still ckp hal yg sememangnya betul tetapi tidak boleh menerima realiti persekitaran sebenar atas dasar dlm kerajaan@BTN dan takut apa yg ko "ada" skang akan hilang bila bgtaw hal yg sebenar sekarng.