Rabu, Jun 18, 2008

SAPP: Surprise...!!!!!

Kemaskini

SAPP sudah buat pengumuman. Mereka isytihar hilang kepercayaan terhadap PM. Isnin ini mereka akan bawa usul undi tidak percaya terhadap Abdullah.

Presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee dalam sidang media jam 2 pm tadi berkata, kedua-dua Ahli Parlimennya, iaitu Enchin Majimbun (Sepanggar) dan Datuk Chua Soon Bui (Tawau) akan menyokong usul berkenaan.

AgendaDaily melaporkan:
‘Serangan’ SAPP itu menurut sumber berkenaan, sebagai ujian pertama untuk melihat apakah ada parti komponen lain yang akan membuat pendirian yang sama dengannya dan pada masa yang sama ingin menunggu reaksi Perdana Menteri sendiri.

Bagaimanpun sidang media petang ini tidak akan diberikan oleh Presiden parti itu Datuk Yong Teck Lee.

Dalam perkembangan yang berkaitan, penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan lawatan ke Sabah, dalam waktu terdekat ini.

Lebih menarik lawatan kali ini ialah dikatakan SAPP yang melancarkan ‘serangan’ pertama hari ini akan ‘meletupkan bom besar’ di hadapan Anwar dengan mengumumkan tindakan keluar meninggalkan BN.

Bagaimanapun SAPP tidak akan menyertai pakatan pembangkang sebaliknya akan menjadi parti bebas dan hanya akan membuat keputusan menyertai pakatan yang diketuai oleh Anwar jika kerajaan baru berjaya dibentuk.
Kiriman asal

Kita tunggu sidang akhbar Parti Maju Sabah (SAPP) siang nanti. Khabarnya SAPP akan umumkan satu 'kejutan'.

Apakah kejutan itu?

Keluar BN atau kekal dalam BN, dalam masa yang sama membongkar 'kejutan'?

Khabar-khabar cenderung SAPP akan keluar BN, tetapi pemimpinnya menafikan dakwaan itu. Tunggu dan lihat.

0 komen: