Rabu, Jun 04, 2008

Musim sukar Abdullah

Abdullah sedang melalui musim sangat sukar. Ketegangan politik BN, pertelagahan dalaman Umno, krisis kehakiman (yang terbawa-bawa dari zaman Mahathir) dan kelunturan populariti kerajaan - kini Abdullah terpaksa berhadapan dengan krisis kewangan.

Penstrukturan semula subsidi (minyak dan sebagainya) yang diumumkan beliau petang tadi, merupakan yang terdahsyat. Ikuti kenyataan beliau di sini. Harga minyak naik dengan begitu tinggi.

Kenapa?

Ketika Abdullah sedang kelam-kabut menghadapi krisis ini, tiba-tiba sahaja beliau membuat satu keputusan yang sangat menakutkan, malahan boleh mengakibatkan rakyat sangat marah - yang kemarahan sempena pilihan raya baru-baru ini pun masih belum reda.

Adakah keputusan ini membawa maksud:
  • Tidak akan ada lagi kenaikan harga minyak sehingga 2010 atau pilihan raya umum berikutnya. Abdullah tahu harga minyak mentah dunia semakin melambung-lambung (malah akan naik sepanjang tahun) dan tidak ada jalan lain untuk menampung kesannya - melainkan harga minyak tempatan dinaikkan. Kalau dinaikkan berganda-ganda pada hari ini, kerajaan ada lebih empat tahun untuk 'memujuk' rakyat'.,Adakah begitu?
  • Ataupun, Abdullah atau juak-juaknya sudah tahu beliau akan 'tersingkir', maka inilah peluang untuk mengurangkan perbelanjaan subsidi. Belanja boleh disalurkan ke ruang yang lebih menguntungkan diri. Adakah begitu?
  • Kerajaan benar-benar terdesak dari segi kewangan?

4 komen:

PANGASIUS berkata...

hehehe sebentar tadi Abdullah baru sahaja mebuat jualan murah disemua stesen minyak. ramai orang berpusu-pusu dan telah menyebabkan bfn kehausan kerana aku malas nak beratur.

Tanpa Nama berkata...

sudah gerhana nampaknya barisan biru

Panglima Perang Cyber berkata...

lama tak menulis....sibuk ker hehe.

sekarang mari kita sedarkan rakyat agar bersyukur di tiap masa.

dengan apa sahaja pemberian dan penarikan...

kita mampu harungi kenaikan ini.

Malaysia kan Boleh ?

HaFiDz ByLz @ Ude @ ToBey berkata...

cakap orang BN mane boleh percaye. sebelum pilihanraya mereka jamin minyak tak kan naik. tak sampai sertus hari mereka naikkan jugak minyak.

hari tu cakap, pengumuman ttg subsidi minyak akan diumum pada bulan Ogos. tup tup petang tu dah kluar berita suruh rakyat serbu stesen minyak.

Islam Hadhari ajar menipu ke?

jangan jadi bodoh ikut orang bodoh.