Isnin, Jun 16, 2008

Kocak-kocak BN

Politik BN semacam sengaja 'dikocakkan' oleh ahlinya.

Masakan tidak, harga minyak sebelum ini dijanjikan naik menjelang Ogos, tetapi tiba-tiba sudah diubah. Tidak mungkin ia berlaku secara tidak sengaja.

Pelan peralihan kuasa Perdana Menteri sudah mencapai kata putus. Nah, satu lagi kocakan dalam BN (mungkin mencetuskan kekalutan menjelang pemilihan Umno) mula ditimbulkan. Dalam keadaan huru-hara krisis harga minyak ini, nampaknya ia sengaja diumumkan.

Pemimpin-pemimpin dalam BN melenting apabila Anwar Ibrahim membuat kenyataan spekulasi berhubung ramai wakil rakyat Sabah dan Sarawak akan lompat parti. Tetapi, tiba-tiba Tengku Razaleigh Hamzah pula menyatakan akan ada sebuah parti komponen bakal keluar BN hujung bulan ini. Ini juga mustahil tidak disengajakan.

Dr Mahathir juga pada saat ini sengaja membangkitkan isu pembangunan Iskandar Malaysia, yang menurutnya merupakan projek yang akan menyebabkan Melayu Johor terpinggir. Hujahnya, harga tanah di situ bakal melambung tinggi sehingga menyebabkan orang Melayu tidak mampu untuk membelinya, sementara warga Singapura pula yang akan peroleh untung.

Apakah sebenarnya yang berlaku?

Perancangan rapi BN atau BN benar-benar berkocak?

2 komen:

HaFiDz ByLz @ Ude @ ToBey berkata...

ini semua cerita orang kaya yang menyeleweng duit rakyat. rasuah sana sini, janji mereka kaya.rakyat pergi mampos. good luck menjawab kat akhirat nanti.

yang aku tak paham, ada juga rakyat yg menyokong orang2 seperti ini.

zamspotte berkata...

Perit jerih pejuang pembebasan...
Tidak pernah engkau ingati
Lelehan darah kemerdekaan bangsa
Tidak pernah engkau ambil peduli
Sorakan pekik laungan MERDEKA! tidak lagi engkau hayati...
Apakah dikau sudah bosan melihat negara ini makmur dan sentosa??