Rabu, Jun 11, 2008

4 is a magic number!

Berikutan kenaikan harga minyak, kerajaan telah memperkenalkan empat cara untuk mengurangkan beban rakyat:

1. Mengurangkan perbelanjaan kerajaan
2. Mempercepatkan bayaran tunai kepada pemilik kenderaan yang memperbaharui cukai jalan
3. Kuota kemudahan kad fleet yang lebih tinggi untuk pengusaha pengangkutan
4. Menambah baik jaringan jaminan sosial

Masih ingat dengan seruan 'ubah gaya hidup'?

Nah, inilah yang cuba ditonjolkan kerajaan - kepimpinan melalui teladan. Sila lihat arahan PM untuk perubahan gaya hidup kerajaan:
  • Tidak membenarkan penyusunan semula organisasi kementerian, jabatan atau badan berkanun kecuali yang tidak melibatkan pewujudan jawatan baru;
  • Pengurangan elaun keraian menteri Kabinet sebanyak 10 peratus;
  • Perjalanan menteri dan pegawai kerajaan ke luar negara dikaji semula, hanya melibatkan persidangan atau mesyuarat antarabangsa yang penting dengan jumlah pegawai yang terhad;
  • Penggunaan kemudahan hotel hanya untuk persidangan antarabangsa dan semua kursus, latihan dan bengkel anjuran kementerian untuk anggotanya hendaklah dihadkan dan menggunakan kemudahan sedia ada;
  • Sewa ruang pejabat baru, perpindahan pejabat ke bangunan lain dan ubah suai pejabat sedia ada tidak lagi dibenarkan;
  • Pembelian aset seperti kereta dan kelengkapan pejabat dikurang atau ditangguhkan terutama yang belum dimuktamadkan;
  • Pengurangan penganjuran majlis keraian seperti pembukaan pejabat, persidangan dan mesyuarat. Jika dianjur, ia mesti dilakukan secara sederhana; dan
  • Anggaran perbelanjaan mengurus 2008 dikaji semula termasuk pemotongan 10 peratus ke atas Objek Am 20000 (Perkhidmatan dan Bekalan) dan Objek Am 30000 (Aset).
Dikhabarkan, RM2 bilion setahun (untuk perbelanjaan awam) berjaya dijimatkan dengan gaya hidup baru ini. Teruk sangatkah perbelanjaan boros sebelum ini?

3 komen:

zamspotte berkata...

Takderlah terlalu boros seperti kempen memerangi islam Amerika Syarikat di Iraq dan Afghanistan...

Qaiyum berkata...

Mekanisme Yang Sememangnya Ingin Dilihat Oleh Rakyat. Tetapi Dapat Disimpulkan Bahawa Dengan Mekanisme Yang Sedia Ada Ini, Belum Tentu Dapat Meredakan Kemarahan Rakyat Yang Membuak²..

HaFiDz ByLz @ Ude @ ToBey berkata...

Anyway, I have a bone to pick with the PM’s “monthly entertainment allowance of RM18,865 while his deputy gets RM15,015″ and “other ministers and deputy ministers are given RM12,320 and RM6,000, respectively.”

Why do these people need an entertainment allowance?

What constitutes ministerial entertainment activities?

Since the allowance is given to the individual, does this mean that entertaining people on a personal basis is part of official ministerial duties?

Why should it be so? I see no good reason.

For instance, if I were PM and I wanted to have a private soiree, I damn well better pay for it out of my own pocket. And I should hold it at my own house, not at the official residence.

But even if such a thing is part of a minister’s official duties, shouldn’t the State pick up the tab directly, rather than an allowance be given to the individual?

Let’s say Najib, in his capacity as deputy prime minister, wants to invite his Mongolian counterpart, Mendsaikhany Enkhsaikhan, over for dinner at his house.

You could easily argue that all this is part of his duties as DPM, so logically, the government should pay for it.

There would be no need to give Najib an entertainment allowance.

What about a private dinner with a Mongolian, you may ask? (All this is hypothetical, of course).

Well, in such a scenario, it would be none of our business. And since it’s none of the public’s business, public funds should not be used to pay for it.

Najib should foot the bill himself. He must pay for it out of his own pocket, not ours.

So again I ask, where is the need for an entertainment allowance for ministers and deputy ministers?