Isnin, Mei 05, 2008

Abdullah: Bapa Demokrasi Negara I

Selamat datang ke dunia demokrasi Abdullah Ahmad Badawi.

Nampaknya ruang media semakin terbuka. Hari ini sahaja, sempena Hari Kebebasan Akhbar Sedunia, beberapa pemimpin BN semakin senang mempertikaikan bentuk-bentuk sekatan ke atas media.

Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting bersoal, perlukah lagi permit mencetak akhbar, sedangkan media seperti blog tidak perlukan sebarang permit.

Manakala itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar telah mencadangkan supaya peruntukan membaharui permit akhbar setiap tahun, disemak semula.

Kalau diperhatikan, antara gagasan awal kabinet Abdullah (dan UMNO) bagi mengembalikan populariti (mengembalikan sokongan dan memuaskan tuntutan pembangkang) ialah dasar keterbukaan.

Mari kita lihat antara usaha yang telah dilakukan, sebaik sahaja barisan kabinet dibentuk:
  • Antara yang terawal, barisan menteri dan timbalan menteri di peringkat Kerajaan Persekutuan diminta Abdullah supaya mengisytiharkan harta mereka.
  • Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa ahli parti itu perlu berani menyatakan perkara benar dan tidak hanya menyatakan sesuatu semata-mata untuk menyedapkan hati pemimpin, sedangkan ia adalah satu pembohongan.
  • Usaha awal Kementerian Penerangan ialah berbaik-baik dengan penulis blog (yang sebelum ini diremehkan BN), mengadakan siri dialog dengan penulis blog dan mengadakan siaran langsung sidang Dewan Rakyat - semuanya bertemakan 'keterbukaan'. Malah, sidang DUN Terengganu juga akan disiarkan secara langsung melalui laman www.Terengganu.gov.my setiap hari, bermula esok hingga 8 Mei ini.
  • Kementerian Pengajian Tinggi, selain menyatakan usaha menyediakan program pengajian employable, turut membangkitkan isu 'sekatan' dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). Anak muda, sudah mula 'digeruni' disebabkan statistik yang ditunjukkan pada saluran pengundi muda.
Kalau dibandingkan dengan era pentadbiran PM sebelum ini, ramai yang mendakwa Dr Mahathir begitu 'ketat', sehingga pembesar bawahan takut untuk bersuara. Seorang blogger mencatat sedikit fenomena berhubung 'keterbukaan' sebelum era Abdullah:
Jika di zaman pemerintahan Mahathir, hampir tidak ada yang berani bersuara, apa lagi meminta letak jawatan. Apabila beliau menang hanya 43 undi dengan Tunku Razaleigh dalam pemilihan UMNO, tidak ada orang UMNO yang berani meminta beliau meletak jawatan - walaupun petanda jelas UMNO menolak beliau.

Begitu juga Anwar. Beliau dengan bangganya bercakap mengenai demokrasi dan kebebasan media. Sedangkan, ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri, bukan sedikit cengkamannya terhadap media. Beliau meletakkan Nazri Abdullah di Berita Harian; Kadir Jasin di NST, Khalid Ahmad di TV3 dan Johan Jaafar di Utusan. Begitulah juga penguasaan kekayaan ketika menjadi Menteri Kewangan. Bagaimana Ghafar Baba dikalahkan, kalau tidak dengan kekuatan kewangan dan beliau juga berjaya menawan Sabah. Tidak sedikit rakan-rakannya menjadi kaya serta merta.

Demokrasi cara Anwar tidak jauh bezanya dengan cara Mahathir. Autokratik.
Hari ini pada era Abdullah, berapa ramai di kalangan UMNO yang berani secara terang-terangan mengkritik beliau? Berapa ramai yang terang-terangan berani mendesak beliau meletakkan jawatan? Sangat ramai.

Berapa ramai pula yang dikenakan tindakan disiplin sebab melawan beliau? Nyata, Abdullah menepati dasar 'keterbukaannya' itu. Malah, dalam kekalutan beliau yang keras diasak, Abdullah bertindak membuka lebih luas ruang untuk musuh politiknya, khususnya pembangkang.

Kedua-dua pihak diluaskan ruang - BN dan pembangkang.

Rasanya ada gelaran yang sesuai buat beliau seperti mana PM-PM terdahulu mendapat gelar Bapa. Abdullah tidak sesuai mendapat jolokan Bapa Pembangunan Modal Insan atau Bapa Islam Hadhari sebab pelaksanaannya ternyata gagal.

Mungkinkah Bapa Demokrasi Negara?

11 komen:

yuzy berkata...

Masih terlalu awal.Tapi,kalau ianya berterusan,tak mustahil nama itu akan terpahat.Kita doakan Pak Lah dapat kekuatan untuk berjaya melaksanakannya.Demokrasi untuk rakyat juga.

Aku baru persoalkan peranan Papa Anwar ni.Dulu masa Mahathir duk tekan sana sini,dia buat apa?Baru sekarang nak bising-bising lepas kena buang.

Poodah!

amar69 berkata...

'democratic' as a 'safe mode' option for that 'someone' but not a real solution for us, Malaysians!

*hush* ;p

REVOLUSI ORANG MUDA berkata...

Kerap kali rakyat kita memberikan penghormatan dan penghargaan kepada pemimipin kita hanya selepas mereka sudah "tiada"....

bangkit kita bersama untuk menyokong dan mmeberikan sumbang terhadap pimpinan kita....

PAK LAH kami senangtiasa menyokong pimpinanmu.........

diyadh berkata...

bila tiada barulah menjadi lagenda

Free RPK berkata...

Najib denies having met Altantuya. Najib denies any impropriety in the arms deal wherby a huge commission was paid. He was not charged at all. RPK denies having having commited any offence under the Sedition Act. And he was charged. Only difference is one makes 2 denial and walks free. The other make 1 denial and goes to prison. That is the BIG DIFFERENCE on how the Malaysia laws work in this country. Let these facts speak for themselves.

Free RPK berkata...

JUSTICE WITHOUT A BATTLE IS JUST AN ILLUSION
Dear Our Beloved Freedom fighter,

It’s just a beginning…..
Fight for us for the dignity of Malaysians and the future of our country.
Democratic rights and human rights must be saved from the brink of barbarism….

Hidup Rakyat Malaysia!!

Free RPK berkata...

I quote RPK...
“Is it seditious to influence people against corrupt leaders? There is nothing seditious,” he said. “Do you think I do not have evidence?”

You don't screw around with a man of RPK's stature. Do you think that RPK would have written that infamous article if he DID NOT have any evidence/proof. RPK is a very meticulate person. He is a man of honour.

May god bless RPK and his family.

Free RPK berkata...

If the police have been fair and unbias taking on the really bad guys, YB RPK would have been defending them instead. But this is not the case - proven time and again. YB RPK mind is fixed on defending the truth and waging a war with the corrupt - and he is willing to put his life and lifestyle on the line to achieve this noble goal. While politicians will leave behind news, YB RPK will leave behind a legacy!

Those authorities with a conscience (including from PDRM) should support people like RPK, if not overtly, then covertly, for it is people like him who will guarantee a future in their country for their children.

Free RPK berkata...

RPK, your example is truly inspiring for the whole nation should unite in righting all injustices. My only wish out of this whole distasteful episode is that the likes of Karpal Singh, Lim Kit Siang and Nik Aziz can discard their petty idiosyncracies and selfless perform the duties of a leader as examplified by your actions. SYABAS !!!

Free RPK berkata...

Rakyat is just like a baby learning to crawl still have a lot of skeletons that was shown to the public and yet nothing was done. These culprits either walk away without being investigated or go through a kangaroo court to stamp on their innocents. Given an innocent approval from the judiciary system with all the witnesses and evidence to support otherwise is just one of the thing rakyat should not and must not accept. So, rakyat do you still want to crawl or stnd up and give a punch to these arrogant or evil wrong doers...

Free RPK berkata...

HIDUP RPK, Malaysia after 50 years ended up with corrupted government officials at all levels, politically inclined Police force, questionable system of Justice and outright abusive corrupted ruling politicians
You represent the Rakyat demanding reformation at all levels in the government.
RPK Your are our Malaysian Hero