Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman menafikan kenyataan Anwar Ibrahim yang menyebut ahli Parlimen Sabah akan lompat parti.
''Mereka menang atas sokongan rakyat menerusi tiket BN, saya percaya mereka tidak mudah diganggu-gugat khususnya oleh pemimpin pembangkang yang sentiasa bersikap oportunis dan gilakan kuasa.
''(Pembangkang) sanggup mengeluarkan macam-macam kenyataan mengenai Ahli Parlimen Sabah seolah-olah mereka ini senang dijual beli," kata Musa, memetik laporan Utusan Malaysia hari ini.Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri kita pula berkata, BN memandang berat kenyataan Anwar itu.
Apakah sebenarnya yang berlaku?
Kalau ia sekadar mainan politik, ini bermakna Anwar telah menunjukkan sikapnya yang bertentangan dengan nilai demokratik yang dicanangnya. Malah, beliau sendiri telah menampakkan kegilaannya pada kuasa.
Bahkan, sebahagian kita sudah mempercayai bahawa bekas TPM itu yang memusatkan usaha untuk memujuk ahli Parlimen BN supaya beralih menyokong beliau. Kalau beliau menghormati keputusan pilihan raya, rasanya lebih elok kalau tunggu sahaja sehingga pilihan raya akan datang.
Namun, kalau benar ia berlaku, BN terpaksa melihat ruang krisis baru. Sebelum ini, BN berkrisis dengan sokongan rakyat dan rasa tidak puas hati di kalangan ahli UMNO. Kalau transisi ini benar-benar berlaku, krisis kepercayaan ahli Parlimen terhadap PM akan terlihat.
Menteri Pelajaran, ketika mengulas kenyataan Anwar, berkata kalau ramalan bekas TPM itu tidak benar, maka kredibiliti 'tuan punya badan akan tercalar (lapor Sinar Harian semalam). Akan tetapi, kalaulah ramalan itu benar, imej BN khususnya PM akan lebih tercalar. Ini lebih ditakuti.
Dan lagi, kalaulah transisi benar-benar berlaku, apakah faktor sebenar ahli Parlimen terbabit bertindak demikian (lompat parti)?
Kiriman asal
Bekas Timbalan Setiausaha Agung Parti Gerakan, Datuk Lee Kah Choon sudah meninggalkan parti itu setelah menerima tawaran dua jawatan utama dalam Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan invest-Penang Berhad (di bawah kerajaan negeri DAP-PKR).
Dan, desas-desus tergempar datang daripada Anwar Ibrahim: Ahli Parlimen Sabah akan lompat parti (ke Pakatan Rakyat) selewat-lewatnya pertengahan September ini!
Kalaulah benar, kebarangkalian Malaysia untuk melakar sejarah besar akan berlaku apabila isteri Anwar menawarkan diri untuk menjadi PM. Wanita pertama. Laporan boleh dilihat di sini.
Bagaimanapun, BN menafikan kenyataan itu. Sebaliknya, kata Menteri Penerangan, ahli Parlimen pembangkang yang akan lompat parti ekoran ketegangan isu penternakan babi di Selangor.
Kita yang tidak duduk dalam lingkungan peristiwa ini, tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku.
Manakala Parti Rakyat Malaysia (PRM) menyelar usaha beberapa pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya Anwar, memujuk ahli Parlimen untuk menyertai Pakatan Rakyat, yang disifatkan oleh parti itu sebagai tidak demokratik.
"Rakyat Malaysia berhak mendapat sebuah kerajaan yang ditadbir oleh parti politik yang berprinsip yang benar-benar mendapat mandat..., bukannya sebuah kerajaan yang ditubuhkan secara pintas dan segera dengan melakukan tindakan seolah rampasan kuasa dari pintu belakang," kata Presidennya, Hassan Abdul Karim, memetik laporan Malaysia Kini, semalam.






2 komen:
Dorang sibuk perang rasuah.Tapi ajak YB sebelah sana lompat parti,bukan rasuah?
Masing-masing tengah endorse quotation.Kata open tender.
Apa nak jadik dengan Malaysia kita ni? Apakah molek kalau dapat jadik seperti Sudan atau Somalia? Atau seperti Timor Leste atau seperti Selatan Thailand? Yang mana perang saudara itu sudah seperti lumrah hidup mereka... seperti makan kacang aja...
Catat Ulasan