Gregor Johann Mendel digelar Bapa Genetik setelah menemui hukum pewarisan genetik pada organisme. Beliau melakukan eksperimen ke atas 25,000 sampel kacang pis pada 1856 hingga 1863. Teori beliau hanya diterima pada awal abad ke-20 - kemudian dinamakan Hukum Mendel.*
Dalam pada itu, kita tidak tahu bila tarikh sebenar peribahasa 'Bapa borek anak rintik' dicipta. Tetapi kalaulah peribahasa ini terlebih dahulu telah dicipta sebelum abad ke-19, ini bermakna orang Melayu juga cekap membaca gejala alam, cuma tidak sejauh Mendel.
Begitu juga dengan konsep sosialisasi, kalaulah peribahasa 'Guru kencing berdiri, murid kencing berlari' itu terlebih dahulu dicipta oleh orang Melayu yang tidak pernah mendengar nama George Simmel (sosiologis Jerman), bermakna Melayu tidaklah terkebelakang dalam menterjemah fenomena sosial.
Kaedah psikoterapi berstruktur yang dicerap dari teori psikoanalisis (Sigmund Freud) pada awal abad ke-20, sebenarnya sudah dipakai awal-awal dulu oleh orang Melayu sejak abad ke-17. Teater ritual Main Puteri, Bageh dan Mak Yong - walaupun berunsur perbomohan - sebenarnya boleh dilihat sebagai satu kaedah psikoterapi.
Kita dapat lihat bagaimana muzik, tarian dan lakonan dalam teater ritual berkenaan mengubat emosi pesakit; bagaimana Tok Puteri dan Tok Minduk menjadi kaunselor dalam membantu pesakit; bahkan pesakit mampu menggunakan kekuatan pendam - atau disebut upaya bawah sedar (unconscious power) yang selama ini tidak dibangkitkan dalam keadaan sedar.
Nah, apa kurangnya kita? Apakah sebab kita tidak ingin menyertai persaingan, ataupun menganggap persaingan sepertinya semacam rat race (yalah, buang keduniaan!), ataupun kagum sangat bila tali leher dipakai berbanding memperagakan selempang?
*Dari Ttsauban, sabda Rasulullah, "Air mani lelaki bewarna putih, yang perempuan bewarna kekuningan. Apabila keduanya bertemu, jika air mani lelaki lebih unggul dari mani perempuan, akan lahir dari perempuan itu anak lelaki. Dan jika mani perempuan lebih unggul, akan lahirlah anak perempuan dengan izin Allah" (Hadis Riwayat Muslim) - lebih 1400 tahun dulu.
Rabu, Disember 26, 2007
Khamis, Disember 13, 2007
Demo demo kawe kawe
Susah juga ya kalau perhimpunan asyik dijadikan alat politik. Kasihan dua rakyat kita yang dituduh mengedar dadah - Raja Munirah Raja Iskandar di Jepun dan Umi Azlim Mohamad Lazim di China.
Kenapa tidak dianjurkan saja perhimpunan suara rakyat membebaskan mereka? Yalah, belakangan ini pun, negara kita rancak sangat dengan kaedah sebegitu.
Segan juga rasanya dengan sepasang ahli perniagaan Jepun yang memperuntukkan 20 peratus pendapatannya untuk membantu Raja Munirah, si model sambilan yang comel itu.

Isnin, Disember 10, 2007
ESQ Way 165
Danah Zohar, sarjana psikologi Amerika yang terkenal dengan kajiannya tentang kuasa spiritual ke atas motivasi manusia, merumuskan bahawa kecerdasan spiritual (SQ) merupakan yang terhebat berbanding kecerdasan intelektual (IQ) dan emosi (EQ).
Dalam pada itu, beliau turut menyedari bahasa kuasa spiritual yang terhebat datangnya daripada rasa bertuhan, berdasarkan wacana pakar motivasi Indonesia, Ary Ginanjar Agustian. (Lihat tulisan sebelum ini).
Ary Ginanjar kemudiannya mencipta satu modul kursus motivasi pada 2001- The ESQ Way 165 - yang jumlah pesertanya kini hampir setengah juta dari seluruh dunia. Modul ini digarap berdasarkan inti Ehsan (1), Rukun Iman (6) dan Rukun Islam (5).
Saya tidak ingat bila kali pertama kursus ini diadakan di Malaysia, mungkin Januari lalu. Sehingga kini, jumlah peserta Malaysia hampir mencecah 5,000 orang. Saya mengikutinya pada April lalu, ketika Malaysia sedang sibuk dengan pilihan raya kecil di Machap, Melaka.
Kursus ini cukup luar biasa. Anda dapat merasai perjalanan spiritual dalam diri, meneroka hati, dan seterusnya bertemu jawapan untuk, "siapa aku, dari mana aku, ke mana aku?" Jawapan-jawapan inilah sumber motivasinya.
Dalam pada itu, kursus ini boleh juga dikatakan sebagai satu bentuk dakwah moden, selain mengajar ilmu tasawuf.
Foto-foto di bawah dirakam pada kursus terbaru, 7-9 Disember lalu. Alumni boleh menghadiri mana-mana kursus di seluruh dunia tanpa bayaran.

Rabu, Disember 05, 2007
Sampah?
Kita agak sukar untuk mempercayai perkhabaran yang mempunyai kepentingan politik, walaupun penyampainya mengajak kita memilih media yang telus.
Misalnya, laman berita ini menyiarkan laporan eksklusif bertajuk 'Sistem pendidikan universiti Malaysia bertaraf sampah' - yang mengulas laporan Bank Dunia bersama dengan Unit Perancangan Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri yang bertajuk 'Malaysia And The Knowledge Economy: Building And World Class Higher Education System' *
Akan halnya tentang laporan oleh laman berita itu pula, universiti di Malaysia tidaklah 'sesampah' seperti yang didakwa. Lihat keratan di bawah - ringkasan eksekutif laporan oleh Bank Dunia:
Laporan berita itu turut mendakwa, "Mana tidaknya, laporan kajian terbaru Bank Dunia menunjukkan sistem pendidikan tinggi universiti-universiti negara kita berada pada tahap memalukan dan semakin ketinggalan berbanding negara jiran."
Laporan Bank Dunia itu pula berbunyi begini:
*Laporan tersebut antara yang dibincangkan dalam Persidangan Pendidikan Tinggi Serantau anjuran Kementerian Pengajian Tinggi dan Bank Dunia, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, 3-5 Disember hari ini. (Muat turun laporan, format PDF)
Misalnya, laman berita ini menyiarkan laporan eksklusif bertajuk 'Sistem pendidikan universiti Malaysia bertaraf sampah' - yang mengulas laporan Bank Dunia bersama dengan Unit Perancangan Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri yang bertajuk 'Malaysia And The Knowledge Economy: Building And World Class Higher Education System' *
Akan halnya tentang laporan oleh laman berita itu pula, universiti di Malaysia tidaklah 'sesampah' seperti yang didakwa. Lihat keratan di bawah - ringkasan eksekutif laporan oleh Bank Dunia:
Laporan berita itu turut mendakwa, "Mana tidaknya, laporan kajian terbaru Bank Dunia menunjukkan sistem pendidikan tinggi universiti-universiti negara kita berada pada tahap memalukan dan semakin ketinggalan berbanding negara jiran."Laporan Bank Dunia itu pula berbunyi begini:
*Laporan tersebut antara yang dibincangkan dalam Persidangan Pendidikan Tinggi Serantau anjuran Kementerian Pengajian Tinggi dan Bank Dunia, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, 3-5 Disember hari ini. (Muat turun laporan, format PDF)
Isnin, Disember 03, 2007
Mandul bahasa III
Mari kita lihat hujah Datuk Dr. Wan Hashim Wan Teh (BN-Gerik) dan Ketua Pengarah DBP, Datuk Dr. Firdaus Abdullah berhubung isu 'kemandulan minda' (penciptaan istilah), seminggu belakangan ini.
Dalam wawancara bersama wartawan Mingguan Malaysia, Ku Seman Ku Hussain, beliau (Dr Wan Hashim) berkata:
Manakala di pihak DBP pula (wawancara Dr Firdaus bersama wartawan Mingguan, Malaysia Siti Mariam Md Zain), hujahnya begini:
Dalam wawancara bersama wartawan Mingguan Malaysia, Ku Seman Ku Hussain, beliau (Dr Wan Hashim) berkata:
Kita tidak mahu berfikir mencari satu perkataan Melayu yang lebih sesuai. Saya melihat perbandingannya begini, bila di awal-awal merdeka dahulu, orang membina rumah, kemudian ada rumah berkotak-kotak - ‘flat’.
Pakar kita duduk memikirkan untuk menamakan apa ini dalam bahasa Melayu. Akhirnya mereka mendapat ilham dari buah durian. Buah durian ada ulas dan pangsanya. Diambil dari situ dinamakan ‘rumah pangsa’ dan ini diterima baik.
Tempat yang ada kampung, ada bandar dalam bahasa Inggeris dipanggil housing estate. Pakar bahasa kita yang bijak menamakan ia ‘taman perumahan’. Saya fikir peranan DBP patut menghala semula ke arah itu. (Lihat wawancara penuh di sini)
Manakala di pihak DBP pula (wawancara Dr Firdaus bersama wartawan Mingguan, Malaysia Siti Mariam Md Zain), hujahnya begini:
Kita kena faham bahawa kamus adalah merakam semua istilah yang terapung atau berada dalam masyarakat. Tetapi DBP menasihatkan istilah mana yang sesuai dalam suasana rasmi dan mana yang tidak sesuai. Dalam Kamus Dewan, ada diberi penerangan bahawa istilah yang berlabelkan bp adalah istilah yang tidak boleh digunakan dalam suasana rasmi.
Istilah bajet ada label bp. Semasa istilah bajet diperkenalkan, DBP menasihatkan bahawa istilah ini tidak boleh digunakan dalam suasana rasmi. Dalam kamus, ada sekudus-kudus istilah dan ada selucah-lucah istilah. Tidak betullah kalau semua istilah yang ada dalam kamus dianggap boleh digunakan, apa lagi dalam suasana rasmi. (Lihat wawancara penuh di sini)
Langgan:
Catatan (Atom)