Khamis, September 27, 2007
Super-ganda
Kalau tidak faham, maka padan mukalah anda! Sila lihat laporan ini.
Isnin, September 24, 2007
Fantasi pembudayaan di universiti IV
Idealisme aktivis pelajar sering terbatas dengan bentuk aktivisme kumpulan terdahulu (misalnya barisan aktivis pelajar lewat 60-an dan 70-an) tanpa melihat bahawa menggagaskan kumpulan penterjemah karya sastera klasik itu satu bentuk aktivisme, atau kumpulan penggodam internet, atau pencinta hidupan sungai, atau kumpulan jurnalis – yang kesemuanya tulen atau lebih baik daripada budaya arus perdana.
Jadi, budaya aktivis pelajar tidak dapat berpisah daripada tarikan budaya klise seperti itu.
Bila bercakap tentang slogan ‘mahasiswa ejen merubah masyarakat’, apakah potensi untuk mencapainya sekiranya mencipta budaya kemahasiswaan sendiri telah gagal, bahkan menyebarkannya?
Selasa, September 18, 2007
Fantasi pembudayaan di universiti III
Aktivis pelajar (yang ‘lebih cerah’ pemikirannya terhadap isu sosial) diharapkan mampu menapis budaya arus perdana dan budaya tidak wajar daripada orang dewasa – sebab kita tidak dapat menemui lain-lain ragam minat pelajar yang berpotensi untuk fungsi ini (pembudayaan). Sayangnya, ia masih gagal, walau selantang mana pun aktivis tersebut (kalau pun ada, mereka gagal menyebarkan budaya itu).
Ruang aktivismenya gagal menembus ke luar lingkungan budaya arus perdana dan sejarah aktivisme pelajar, baik pemikiran mahu pun gerakannya.
Jika media arus perdana memaparkan isu tertentu, aktivis berkenaan tidak ada daya tangkis (resistance) untuk menahan daripada menumpukan isu yang sama – biar pun isu itu kitar semula, atau tidak perlu untuk disibukkan. Aktivis berkenaan terikut-ikut dengan penetapan agenda media itu.
Sebab itulah kita dapat lihat komentar atau gerakannya semacam ulang cetak – seperti kes Lina Joy tidak lama dulu - hanyalah berlegar-legar di lingkar masalah murtad dan mengkritik Suruhanjaya Antara Agama (IFC) - akibat terlalu menuruti arus perdana (bersumberkan media arus perdana dan mengutip komentar awam).
Ahad, September 16, 2007
Fantasi pembudayaan di universiti II
Di kalangan pelajar, budaya menopang pada parti politik amat mendominasi kepraktisan politik kampus. Yang lahir di universiti ialah proksi atau kader-kader parti politik yang membawa gerakan parti topangannya, bukan ideologi tulen. Pertembungan kumpulan yang ditunjukkan tidak lain propembangkang vis-à-vis prokerajaan, tanpa cuba berpisah daripada label-label berkenaan.
Kita tidak nampak budaya politik tulen universiti, tanpa menyedari (atau sudah menyedari, tetapi merelakan) bahawa gerakan tersebut lebih menguntungkan parti politik berbanding universiti – walhal pada masa yang sama mereka yang terlibat menuntut autonomi universiti.
Akibatnya, lihat pula bagaimana pihak pentadbir dan kementerian terpaksa terjun dalam gelumang politik kampus, yang membataskan usaha lain yang lebih wajar (seperti kegiatan akademik).
Kenapa tidak bertopangkan pada keperluan pelajar atau universiti itu sendiri? Misalnya, kumpulan pelajar sentimentalis (mahukan universiti menjadi pusat keilmuan semata-mata) vis-à-vis utilitarian (mahukan universiti menghasilkan tenaga kerja).
Atau jika terlalu utopia, cukup sekadar mengasingkan campur-baur parti politik nasional, itu pun sudah cukup baik.
Sabtu, September 15, 2007
Dua wajah
Jumaat, September 14, 2007
Fantasi pembudayaan di universiti I
Di kalangan idealis, ada yang mengidamkan agar universiti kebal (immune) daripada menyerap budaya luar yang tidak wajar (luar lingkungan budaya universiti). Malah, universiti turut diharapkan mampu memperkenalkan budaya sendiri serta menyebarkannya kepada umum. Sebaliknya, apa yang berlaku ialah universiti terperosok ke dalam budaya arus perdana (mainstream), baik dari kelakuan birokrat sehinggalah pelajarnya.
Kita dapat perhatikan bagaimana kalangan birokrat universiti berpolitiking (mirip politik dalaman parti), pelajar terikut-ikut budaya parti politik nasional, aktivisme, korupsi, hubungan pensyarah-pelajar, kawalan kuasa, kegiatan luar pelajar dan banyak lagi kelakuan yang mirip budaya arus perdana – menunjukkan universiti tidak berfungsi sebagai pusat kebudayaan.
Budaya politik, perebutan kuasa kalangan birokrat (di beberapa buah universiti) memperlihatkan kecenderungan pada budaya politik nasional, yang semacam menjelangnya proses pemilihan jawatan dalam parti (di univesiti, ketika tempoh kontrak jawatan hampir tamat).
Antaranya, penyebaran propaganda di tempat kerja dan internet, bernaung di bawah kuasa pemimpin politik, wujud ‘kem-kem’ (kepuakan) di kalangan mereka, bahkan terdapat pula kegiatan meletakkan proksi parti politik bagi melicinkan penyusupan parti tersebut ke dalam universiti (kaderisasi).
Oleh yang demikian, apakah istimewanya universiti berbanding institusi sosial yang lain kalau tiada ketulenan budaya – sehinggakan tiada budaya politik yang dapat dieksport untuk kegunaan politik nasional?
Yang berlaku ialah kebalikannya.
Khamis, September 13, 2007
Puasa
Selamat berpuasa.
Selasa, September 04, 2007
Universiti Apeks
IPT cuba ditransformasi secara jangka panjang melalui Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara Melangkaui Tahun 2020. Tiga langkah utama yang cuba dilaksanakan:
- Apex University: where only the best brains – academic staff and students – will be admitted;
- Autonomy: public universities to be self-governing in funding and research & development;
- Audit Panels: Standard of all universities to be assessed by independent committee comprising only experts.
Jika benar, mungkin tiada lagi bodek-membodek menteri di kalangan birokrat universiti.









