Sabtu, Jun 23, 2007

Sekular

Hairan ya, istilah sekular agaknya dipakai sebab kegagalan menterjemah agama dalam seluruh aspek kehidupan.

Dan kenapa orang kita boleh bersetuju menerima istilah itu (kecuali leksikologi) dalam kepraktisan budaya kita, sedangkan itu sebenarnya momok-momokan sosiologis Barat?

Malah orang kita yang bertimbun-timbun bahan bacaannya pun bermati-matian berhujah bahawa agama harus diasingkan (sekularisasi) bagi mempercepatkan kemodenan.

Agaknya agama hanya dipandang sebagai ritual, tanpa dipedulikan kuasa spiritualnya.

Jumaat, Jun 15, 2007

Serba satu

Kini, kita mampu memiliki sebuah keluarga bahagia setelah memiliki:

1 Rumah 1 Komputer,
1 Rumah 1 Graduan,

dan yang terkini, 1 Rumah 1 Profesional.

Sabtu, Jun 02, 2007

Glokal

Adakah rakyat Malaysia masih rendah diri dengan kekuatan kolektif budayanya?

Biasanya, kalau saya menyertai program motivasi, kem pembangunan modal insan atau kursus bina semangat usahawan, sebahagian besar inti modul yang diterapkan biasanya datang dari wacana Barat.

Contohnya, di universiti sendiri, modul 7 Habits of Highly Effective People oleh Stephen R. Covey dipakai - malah masih gah dikitar semula sehingga kini.

Erwards Dening mencipta Shewhart Cycle yang berteraskan Plan, Do, Check dan Action, masih dijadikan rujukan kaedah pengurusan yang baik di negara kita.

Kalau sedikit ketimuran, biasanya budaya Kaizen dijadikan modul. Kaizen menyuruh buang yang negatif, ambil yang postif, ciptakan yang baru. Itulah Jepun hebat dengan Honda, Toyota serta keretapi pelurunya.

Apa yang ada di negara kita?

Apa guna peribahasa 'Buang yang keruh, ambil yang jernih'? Kenapa dipandang sekadar penggunaan lenggok bahasa dalam karangan, tidak keseluruhan budayanya?

Apa guna kewajiban mengulangi 17 kali ayat ini setiap hari (bagi muslim)?:

"Tunjukkan kami jalan lurus. Iaitu jalan yang engkau telah kurniakan nikmat ke atas mereka, bukan jalan orang-orang yang engkau murkai dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat." (Al-Fatihah 1:6-7)

Kita diajar berdosa kalau meninggalkanya, tetapi sejauh mana difahamkan tentang modul motivasinya dan lain-lain isbat positif daripadanya?