Ahad, Mac 11, 2007
Sabtu, Mac 10, 2007
Nikmat
Cuba anda bayangkan, dimarahi isteri kerana pulang awal ke rumah atau ponteng tugas - sakit kepala bukan?
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Talib Jamal semalam menyarankan isteri-isteri pegawai polis berbuat demikian sebagai motivasi kepada suami supaya berkhidmat lebih cemerlang.
‘‘Diharap isteri anggota polis tidak akan marah jika suami mereka pulang lewat daripada bertugas sebaliknya marahilah suami mereka yang pulang kerja awal iaitu sebelum tamat waktu kerja,” katanya, lapor Utusan Malaysia hari ini.
Kata beliau, Jepun mengamalkan budaya seperti ini.
Bagaimana kalau suami sengaja pulang awal kerana mahu berkasih-kasihan dengan isteri?

Sabtu, Mac 03, 2007
Jumaat, Mac 02, 2007
Politikus vs Akademikus
Sejak bila politikus Malaysia berkecimpung dalam dunia akademik, bahkan dengan yakin membidas wacana akademikus (berkelulusan PhD)?Dalam laporan Bernama, seorang Menteri Besar berkelulusan Doktor Pergigian membidas Pakar Psikologi Kanak-Kanak dan Remaja dari UKM, Dr Khaidzir Ismail yang menghasilkan kajian Profil Remaja Perempuan Risiko Tinggi Atau Bermasalah.
Kajian itu mendapati hanya seorang daripada 887 responden (gadis sekolah) yang tidak pernah melakukan hubungan seks.
"Dia sepatutnya kena bincang dengan kita dulu sebelum buat kajian itu...dia punya jumlah penduduk pun tak betul...muka surat pertama tulis 4.1 juta, muka kedua pula kata 4.7 juta...tu belum buka muka surat ketiga lagi.
"Dan soalan mengenai seks...ada orang kata tersentuh mulut dah buat seks ...dan laga hidungpun dah seks...jadi kita kena tengok...definisi seks pun tak betul," kata politikus itu, lapor Bernama semalam.
Demikian mungkin merupakan jawapan kepada laporan ini.
Seorang lagi politikus, wanita berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang berkata tidak adil menghukum seluruh generasi muda kerana perlakuan 887 gadis itu. Sebaliknya kata beliau, ramai lagi golongan remaja perempuan yang baik, rajin, menghormati orang tua dan tidak tinggal sembahyang.
‘‘Kenapa kita tidak bercakap mengenai mereka? Kenapa kita hanya menumpu kepada isu-isu kecil sahaja," katanya, lapor Utusan Malaysia hari ini.
Kajian itu bukan sahaja melibatkan dapatan mengenai gejala seks, tetapi termasuk penyalahgunaan dadah, keterlibatan dalam kongsi gelap, pornografi, vandalisme, berjudi dan ponteng sekolah.
(Bersentuhan bibir antara remaja lelaki dengan perempuan, bukan satu ketakutankah buat politikus?)
Ada lagi laporan yang menunjukkan 'keganjilan' yang sama:
Ini contoh laporan yang 'tidak ganjil':
- Kajian kena ada penyelesaian
- Bangunkan semula sistem kekeluargaan kita
- Student must help weaker students (Yang ini pada hujung laporan terdapat komentar politikus, tetapi bersifat 'tidak ganjil')
- Naib Canselor: Jangan salah tafsir kajian
Langgan:
Catatan (Atom)