Selasa, November 06, 2007

Raihan Suleiman: Pak Lah vs Mahathir

Dapatkan buku sulung Raihan Suleiman Palestin pada harga RM25. Hubungi: 03-89421273 atau e-mail hamdihanapi@yahoo.com

Raihan Suleiman Palestin, nama yang tidak asing dalam dunia penulisan politik. Beliau pernah (hampir) mencabar kerusi Ketua Pergerakan Puteri Umno Malaysia beberapa tahun lalu, melawan Dato' Azalina Othman.

Raihan merupakan anak kepada pencabar kerusi Presiden Umno (lawan Tun Husein Onn) satu ketika dulu, iaitu Allahyarham Suleiman Palestin.

Buku sulung ini merupakan himpunan tulisan 'vs' merangkumi teguran terhadap pemimpin, politikus dan masyarakat, termasuk dirinya sendiri. Beliau sangat jujur dan kadangkala sinis mengkritik kepincangan yang timbul.

Tulisan-tulisannya pernah tersiar (sebagai kolumnis) di tabloid Buletin Rakyat, Akhbar Mahasiswa Api Perjuangan dan laman web Agenda Daily. Lupakan tentang tatabahasa atau masalah struktur ayat beliau yang tunggang-langgang - sila lahap pemikirannya.

Kalau menyentuh soal globalisasi, beliau tidak memanjangkan wacana-wacana berhubungnya, tetapi lebih melihat realiti yang berlaku di depan mata beliau. Begitu juga dengan persoalan lain.

VS - tulisan beliau mengupas satu-satu persoalan yang sama dengan membincangkan kontradiksi dua pihak, keadaan atau peristiwa dalam satu tulisan. Misalnya, soal karisma dan populariti, sila lihat tajuk Mawi vs Pak Lah.

Buku ini turut mendedahkan banyak kelakuan bejat di kalangan politikus, korporat dan birokrat. Dan ia bukan buah mulut orang, tetapi pengalamannya sendiri!

Bagi saya, tulisannya seperti leteran seorang ibu kepada anak (analogi kepada tanah air). Tidak kiralah siapa pun, kalau anda gatal-gatal cuba menjahanamkan tanah air, maka terimalah!

Raihan bersama suami (foto oleh Yusman Carnalito)

2 komen:

zamspotte berkata...

aku nak beli bleh??

Skullsplitter berkata...

Hamdi.. Aku nak tempah 1! Bila bleh ambik n bayar?